
|
Awesome Owner : ![]() Family ![]() Credits!
| A Confession to all :D Assalamualaikum W.B.T Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat beliau sekalian. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merajinkan diri mengerakkan jari jemari untuk menaip beberapa patah sajak lah. lebih kurang, yang aku sendiri taip apabila aku berubah menjadi langit biru , biasalah perempuan, macam2 perasaan ada, so here is the point of my writting : Susahnya jika anda terasa susah . Susah? Yes . segala-galanya susah didunia ini apabila kita belum mencuba dan berusaha melakukannya, Ikhlaskan Hati , InshaAllah susah menjadi senang, Berusaha, Akhirnya susah itu akan nampak kesenangannya. Membuatkan seseorang gembira adalah perkara yang diagak susah kerna aku tidak akan menjadi diri aku yang sebenar , mungkin aku cuba untuk menerima segalanya dengan senyuman dan ketawa, namun jauh disudut hati , aku tak tahu betapa pedih dan susahnya kita mengeluarkan ketawa dan melukis senyuman dibibir, demi menghiburkan hati insan yang disayangi aku cuba untuk melakarkannya , andai itulah yang memberi kesenangan kepada orang lain aku pasrah. "senyum sokmo" katekan dan aku tanam dalam diri aku " senyum itu satu sedekah" , andai itulah yang terbaik untuk kau dan aku, aku redha, . akan ku cuba melakar kecantikan itu dengan terbaik untuk kesenangan orang yang berada disekelilingku. Mungkin adakalanya aku kelihatan masam mencuka, Adakalanya aku gembira tak tentu pasal, Mungkin adakalanya aku senyum kambing tetiba, Mungkin adakalanya aku akan menitis air mata kesedihan, Akan ada masa aku berdiam diri, Ada masa aku riuh macam suasana pasar malam, Ada masa aku mencintai, Akan ada masa aku menyanyangi, Itulah aku yang dicipta oleh Pencipta yang Maha Hebat kekuasaannya, Allah Menciptakan makhluk yang amat special di alam ini iaitu MANUSIA, yang mempunyai pelbagai perasaan yang hanya dapat difahami oleh penciptanya yang Maha Agung dan Maha Berkuasa mencipta dan mentadbir seluruh alam ini. ALLAHUAKBAR. Itulah aku yang engkau harus fahami, mungkin aku tak cukup baik untuk menasihati kau , mungkin aku tak cukup bijak untuk berbicara dengan kau, mungkin aku tak cukup kaya untuk berbicara tntang kekayaan dengan kau, mungkin aku tak cukup cantik untuk menandingin kecantikan kau, mungkin aku tak cukup penting untuk kau ingati, tapi, aku tak pernah lupa akan kekuasaan ALLAH dalam mencipta aku dengan cukup sempurna tanpa sebarang kecacatan. kau dan aku sama sama membaiki dan menampung segala kelemahan, InshaAllah, tiada yang cacat dapat dilihat . nukilan khas dr : @nuafiha penerbitan pertama : phone notes . follow my twitter : https://twitter.com/NuAfiHa follow my Instagram : http://instagram.com/nuafiha_poka |