
|
Awesome Owner : ![]() Family ![]() Credits!
| MIXED :): Assalamualaikum W.B.T SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULAH 30/12/13 yeahaaa, dapat jugak tulis lagi satu post, ini punca sebab title post tu yg rasa macam bercampur gaul perasaan macam kita campur bibimbap, ummmm, best nyakk... bibimbap best klu campur, tapi perasaan klu bercampur mmg tak tentu arah jawabnya. perasaan yg tak dapat diungkap dlm katakata, tulis dll, 31/12/13 So, harinie nak sambung pasal mixed, tergendala semalam, agak ah malas nak taip.. maybe many unexpected things happen, Pukul 6.++ pg, ad dpt call dr abah, ingatkan nak kejut bangun subuh ke hape, haha, agak ah lambat sikit angkat phone , dgn mamai angkatlah, bukan abah yg talking tp, kak irah, ape yang mengejutkan, kak irah kasi berita yg Jojo(bapa saudara) dah takde, macm ehh.. betol ke nih? aku mimpi ke hape?? nak smbung tido balik, ambik phone check misscall, yeah, ad panggilan dr abah beberapa minit yg lepas.. itulah kisahnya, haritu baru ingat nak bngun pagi nak bt rajin study ethnic n nak pegi libry, almaklumlahhh.. final exam katekan.. terus tak jadi nak tido sekejap, duduk fikir, betol ke berita tu, mcm tak caye jerrrrr,, aku pun buntu, mcm org bengong, mata kelip kelip duk fikir, so, ambik tuala utk mandi n solat subuh, lepas solat terus baca yasin sedekahkan kat arwah n family . kemas2 baju, utk pegi, mmg wlaupun tak banyk memory ngan arwah, tp, beliau satu2 uncle yg baik n akan gembirakan kiteorg anak buah when pegi singgah kl, klu pegi kl, tak sah klu tak call dia, comfirm dia dtg.. hehe.. ape boleh buat, Allah lebih sayangkan dia drp org lain, teringat time dia first2 kacau kat kakao talk, siap screen shoot lagi.. haha. beliau amat baik dan suka mengembirakan hati orglain.. Allah boleh je amik sapa2 yg dia sayang utk pergi menghadap dia bila2 masa tak kira tempat, insyaAllah, arwah Jojo berada dlm kalangan orang2 yang beriman.. aminnn..
Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita. Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu. Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
Dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran. bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka, Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan
|